Tuesday, November 06, 2007

A Game of Monopoly Anyone?

A news article on 26/10/07 in Utusan about how electricity tarif would be increased.

Tarif elektrik naik? -- Berikutan harga minyak dan gas melonjak di pasaran global
Oleh Mustafa Kamal Basri dan Amran Ahmad

KUALA LUMPUR 25 Okt. – Kerajaan mungkin tidak mempunyai pilihan, selain menaikkan tarif elektrik di negara ini berikutan kenaikan berterusan harga bahan bakar termasuk minyak dan gas global.

Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Bhd. (TNB), Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh berkata, TNB kini menanggung kos operasi yang tinggi berikutan kenaikan harga minyak dan gas serta arang batu di pasaran.

‘‘Harga gas yang digunakan oleh TNB pada masa ini tidak mencerminkan harga sebenar komoditi itu di pasaran dan pengguna elektrik tidak boleh lagi mengharapkan kadar tarif dikekalkan,’’ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas pengumuman keputusan kewangan syarikat utiliti itu bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2007 oleh Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie di sini hari ini.

Moggie semasa mengumumkan keputusan kewangan TNB itu berkata, syarikat utiliti itu mencatat peningkatan keuntungan sebelum cukai berjumlah RM4.765 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2007 berbanding RM2.756 bilion pada tahun kewangan sebelumnya.

Moggie turut menyatakan bahawa pendapatan firma itu melonjak 14.4 peratus kepada RM23.2 bilion dan ia disumbangkan oleh peningkatan permintaan elektrik dan kenaikan tarif yang dilaksanakan pada 1 Jun 2006.

Che Khalib seterusnya berkata, TNB telah menghantar cadangan kepada kerajaan berhubung kenaikan kadar tarif elektrik dan terpulanglah kepada kerajaan untuk membuat keputusan.

‘‘TNB berpendapat kerajaan tidak mempunyai pilihan (untuk tidak menaikkan kadar tarif berikutan kenaikan harga bahan bakar global) dan kini hanya masa dan peratus kenaikan tarif itu sahaja yang belum diputuskan.

‘‘Adalah tidak praktikal untuk mengekalkan kadar tarif pada masa ini berdasarkan keadaan itu.

‘‘Bagaimanapun, semuanya bergantung kepada keputusan kerajaan,’’ tambah beliau.

Menurutnya, TNB bergantung kepada tiga sumber bahan bakar iaitu minyak dan gas yang kini mengalami lonjakan harga yang ketara dan sumber alternatif ketiga, arang batu yang turut mengalami kenaikan harga.

Che Khalib berkata, pada masa ini, TNB masih mengenakan kadar tarif yang paling murah di rantau ini.

Baru-baru ini, TNB telah meminta kerajaan menghapuskan secara berperingkat-peringkat dalam tempoh 10 tahun kawalan ke atas harga gas asli yang dibekalkan kepada syarikat penjana kuasa.

Kerajaan pada masa itu, tidak membenarkan TNB memindahkan peningkatan harga gas dan menetapkan harga yang boleh dikenakan oleh TNB kepada firma penjana kuasa bebas (IPP) dan beberapa syarikat industri pada paras RM6.40 bagi setiap mmBtu (juta unit Termal British).

Pada masa ini, TNB menggunakan 1.35 bilion kaki padu standard gas setiap hari daripada pembekal tunggalnya, Petronas dan jumlah tersebut tidak pernah ditambah sejak tahun 2002.

Harga gas di pasaran antarabangsa ketika ini adalah sekitar AS$7 (RM24.50) bagi setiap mmBtu dan sebagai perbandingan kepada pasaran semasa, Petronas menanggung subsidi sebanyak RM18.10 bagi setiap mmBtu.

Sebelum ini, Petronas bercadang untuk menaikkan harga gas dan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Tenaga yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini telah memutuskan bahawa tidak ada kenaikan harga gas buat masa ini.

Che Khalib berkata, TNB bernasib baik kerana telah menambat harga arang batu kepada AS$50 atau RM167.75 setan sehingga tahun depan walaupun harga semasa bagi bahan bakar tersebut ialah AS$70 (RM234.82) setan pada masa sekarang.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai strategi penstrukturan semula hutang TNB, Che Khalib berkata, pihaknya merancang untuk menyusun semula hutangnya dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berjumlah RM2.8 bilion.

Secara asasnya, TNB mahu memanjangkan tempoh pembayaran pinjaman dengan KWSP sehingga tambahan lima tahun lagi dan setakat ini, kedua-dua pihak telah bersetuju mengenai perkara tersebut dan akan membuat pengumuman mengenainya tidak lama lagi.

TNB disenaraikan sebagai firma peminjam terbesar di negara ini dengan hutang berjumlah RM24 bilion setakat akhir tahun kewangan yang lalu.



A news article also on 26/10/07 in Utusan about how TNB makes RM4bil bucks a year charging you and me for electricity.


Untung TNB meningkat kepada RM4.765 bilion
Oleh MUSTAFA KAMAL BASRI

KUALA LUMPUR 25 Okt. – Tenaga Nasional Bhd. (TNB) mencatat peningkatan keuntungan sebelum cukai berjumlah RM4.765 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2007 berbanding RM2.756 bilion pada tahun kewangan sebelumnya.

Pengerusi TNB Tan Sri Leo Moggie ketika mengumumkan keputusan kewangan tahunan syarikat utiliti itu, di sini hari ini berkata, peningkatan keuntungan itu disumbangkan oleh tarif elektrik yang lebih tinggi serta peningkatan permintaan untuk tenaga.

Beliau berkata, pendapatan TNB pula meningkat sebanyak 14.4 peratus kepada RM23.32 bilion daripada RM20.384 bilion.

Tarif elektrik disemak semula pada 1 Jun tahun lalu.

Prestasi yang memberangsangkan itu disumbangkan oleh peningkatan pendapatan kumpulan sebanyak 14.4 peratus berikutan kenaikan dalam permintaan elektrik sebanyak 5.3 peratus, katanya.

Beliau berkata, keuntungan bersih meningkat kepada RM3.6 bilion sebelum tukaran asing, manakala perbelanjaan modal pula berjumlah RM5.2 bilion dalam tempoh tersebut.

Menurutnya, Semenanjung Malaysia yang menyumbang 92 peratus jualan bekalan elektrik kumpulan itu, merekodkan pertumbuhan sebanyak 5.5 peratus, manakala Sabah Electricity Sdn. Bhd. merekodkan peningkatan 13.6 peratus.

‘‘Perbelanjaan operasi, bagaimanapun meningkat sebanyak 8.6 peratus berbanding 4.4 peratus pada tahun sebelumnya.

‘‘ Kos operasi yang meningkat itu disumbangkan oleh pembayaran kapasiti tambahan pada tahun kewangan tersebut dengan bermulanya Unit 1 dan 2 projek janakuasa Tanjung Bin di Johor serta peruntukan yang lebih tinggi sebanyak RM667.5 juta bagi tujuan kebajikan kakitangan,’’ katanya.

Moggie berkata, pelaksanaan program pengurusan tanggungan hutang dan faedah pengukuhan ringgit, kumpulan mencatat pengurangan 11.4 peratus dalam jumlah hutang daripada RM27.1 bilion kepada RM24.0 bilion.

Beliau berkata, lembaga pengarah TNB juga mencadangkan dividen kasar akhir bagi tahun yang baru berakhir sebanyak 16.3 sen sesaham, katanya.

Mengenai prestasi kewangan kumpulan itu, katanya, ia dijangka rendah berbanding 2007 memandangkan margin operasi akan berkurangan ekoran kenaikan harga minyak serta pembayaran kapasiti yang lebih tinggi kepada Pengeluar Tenaga Bebas (IPP).


So what if the price of crude oil is has increased to USD$89 per barrel. TNB still has RM3.9999bil of pre-tax profits to buy KJ another investment company, to buy tengku adnan more judges, to pay for Scomi's oil explorations excersizes, to pay maintenence for Razak's other mongolian gfs, to buy bankers, voters, entire Election comission, ACA ..etc report.

I don't think its fair to pass on costs from hike in fuel prices to ordinary, I-make-ends-meet, average income earners in the country, when TNB makes a killing as a private corp. Anyone interested in a game of monopoly?